10
Jul
08

Aku juga manusia

Sebenarnya dah lama aku takde blog kat friendster ini, sebab aku dah ada blog sendiri.  Tapi, pagi tadi tetiba terasa nak buat balik blog kat friendster ini. Blog ini sebagai tempat luahan aku as manusia biasa juga. kadang-kadang aku merasa aku terlalu menipu diri aku. Sebagai manusia aku juga ada perasaan. Perasaan yang sama dengan orang-orang lain.

Blog aku paradigma adalah blog yang banyak memberi aku kepuasan dalam erti hidup pada memberi. Pelbagai perkara aku sentuh, islamik, politik dan lain-lain. Tetapi aku sukar nak meluahkan perasaan aku disitu. Semacam blog aku itu sudah dimiliki oleh masyarakat, dan seharusnya masyarakat tidak perlu dihadamkan dengan cerita-cerita peribadi aku. Tapi aku juga perlu ada tempat untuk meluahkan perasan aku.Perasaan cinta, mencintai,dicintai,benci,marah dan lain-lain seperti mana manusia lain juga ada.

Menjadi ’seseorang’ bukan mudah. Bila aku merasa perkara ini,aku menjadi tersepit. Antara sebagai seorang leader dan sebagai manusia biasa. Kadang-kadang orang yang menghormati aku, semacam tidak dapat menerima aku ini juga seperti mereka.Aku bukan malaikat, dan aku adalah manusia seperti kalian juga. Aku juga tidak terlepas dari kesalahan dan juga tidak terlepas dari dihukum oleh Allah di atas perbuatan aku. Amanah yang diberi sebagai ketua, bukanlah sesuatu yang mudah bagi aku.

Pernah tak korang rasa terhimpit, diantara menjaga hati organisasi dengan hati orang yang kau sayang? Kemudian kau melebihkan organisasi korang, dan membuatkan hati orang yang korang sayang menyampah dan terus menyampah dengan korang? Aku dah merasa. Aku rasa pedih, sakit, tetapi disebabkan aku sudah ditarbiah dengan agama maka aku rasa itulah jalan terbaik bagi aku. Aku bukan rahib, yang membuang perasaan cinta sehingga menjadi orang yang tidak berkeluarga. Aku sudah 21 tahun, ketika ini bila melihat rakan-rakan yang lain, seorang demi seorang berkahwin, perasaan yang bermacam-macam datang.

Benar, Islam hanya membenarkan perkahwinan. Tetapi kena sedar bahawa Islam juga membenarkan perasan cinta bercambah dalam diri manusia. Kita perlu tahu mengawal bukan mengelak. Selagi korang mengelak untuk bercinta, semakin kuat gelora cinta akan datang. Tetapi kalao korang belajar untuk mengawal cinta, maka korang akan merasa cinta yang sebenar. Bagaimana cara mengawal? ISlam adalah guideline yang paling mantap dalam mengawal cinta. Jadi belajar lah cara mengawal cinta bukan belajar cara untuk mengelak cinta.

Betapa sakit bila korang mencintai seseorang , tetapi korang tak pasti bagaimana masa depan korang dengan dia. Korang yakin dengan cinta korang, tetapi wanita yang korang cinta masih belum pasti dengan masa depan korang dengan dia. Disebabkan dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang dia merasakan bakal korang hadapi bila bersama mereka. Apa yang aku leh gtau,korang kena bertekad, dan beruasaha keras untuk meyakinkan wanita yang korang cinta tu. Walaupun korang lebih muda atau masih belajar dan wanita tu lebih berusia dan sudah berkerja, koramg kena tunjukkan korang memang boleh menjaga dia. Tunujukkan kesungguhan korang, dan sentiasa ikhlas dalam perhubungan. Jangan expect terlalu tinggi, tetapi rancang apa yang boleh dijangka. Aku sekarang turut mengalami dilemma, tetapi bagi aku sekarang ini aku lebih bertangungjawab pada diri aku.

Aku lebih matang dan sentiasa berfikir panjang dalam membuat keputusan. Aku lebih berdikari dan aku lebih merancang kehidupan aku. Aku lelaki yang bersungguh, dan aku sukar untuk berputus asa. Bagi aku,orang yang berputus asa tidak layak hidup di dunia ini. Sebab dunia adalah tempat ujian dan cabaran, itu sebab Allah kata dalam Quran,kita tidak akan tahu iman kita selagi kita tidak diuji.

Akhir sekali,bagi korang yang tengah bercinta-cinta ini. Sayanglah insan yang korang sayang itu berpada-pada, tidak perlu terlalu menyayangi. Sebab takut-takut nanti orang yang korang sayang akan korang benci satu hari nanti.Dan bagi korang yang baru putus, jangan lah korang terlalu membenci insan tersebut, takut-takut satu masa nanti korang akan mencintainya semula.




0 Responses to “Aku juga manusia”


  1. No Comments

Leave a Reply